Aku ada hanya tiga ringgit dalam dua saku robek juga dalam dompet sopek.
Dalam kepuk almari kopak bersalut kulat dan kayu rabak aku cuma punya tiga helaian pelikat lusuh, baju sepuh seluar tak berbasuh.
Lain, di sana ada tiga kertas akhbar balutan nasi lemak cek palsu dari menteri memo pemaju mahu roboh rumah
buat gelisah, sampai harini aku cuma makan, tidur dan memandang dunia
menghisab nasib tiga anak ini.
apunpital
|