helpHelpfeedbackFeedback  Register
Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Selamat Datang Pelawat
Eh, masih belum mendaftar?
Log masuk jika sudah mendaftar
Penulisan > Koleksi Puisi > Puisi Ekspresi Diri
0
0 Penilai
Awak Tolong Keluar Dari Sini.
Tarikh Dihantar: 2009-11-09 22:06:09 | 43 Bacaan
Share

Awak Tolong Keluar Dari Sini.

Awak tolong keluar dari sini.

Masih juga aku bernafas.

Masih cuba untuk mencari apa sebenar erti perjalanan panjang.

Aku masuk ke bilik sana.

Melihat seribu gembira.

Melihat sejuta tawa.

Menjamah sedikit gurau senda.

Semua indah dan manis.

Terbit mata yang tajam menerpa bagai berkata “Gembira, tawa dan gurau sendamu tawar dan tidak punya apa.”

 

Awak tolong keluar dari sini.

Masih juga aku bernafas.

Masih cuba untuk mencari apa sebenar erti perjalanan panjang.

Aku pindah ke bilik yang berbeda.

Melihat seribu sedih.

Melihat sejuta air mata.

Menjamah sedikit tangis luka.

Semua perit dan pahit.

Muncul lagi mata durjana bagai berkata “Sedih, air mata dan tangis luka tidak bermakna kerana simpatimu tidak ada tempatnya.”

 

 

 

Awak tolong keluar dari sini.

Masih juga bernafas.

Masih cuba untuk mencari apa sebenar erti perjalanan panjang.

Aku pindah ke bilik di tepi beranda.

Gelap yang membuta.

Cuma kelihatan kerusi, meja dan kertas putih di atasnya.

Terpancar cahaya dari tingkap sebelahnya.

Aku duduk di kerusi yang papan semata merenung kertas di atas meja.

Memandang keluar memerhati gadis di hujung padang.

Masih juga bernafas tapi untuk sehirup nyawa.

 

Terima kasih Yang Esa.

 

Rabu, Oktober 7, 2009

 



HTML:
Widget:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor.[Login]
0
0 Penilai

Komen
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh memberi komen. Sila Login

Perihal Penulis
pie1311
Hantar Mesejpie1311

Karya
print CETAK
email EMEL
karya curang LAPOR
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-Share Alike 2.5 Malaysia
Keterangan

Lain-lain karya pie1311
Darah Setia
DINDING
Awak Ke Mana?
AKU BUKAN GAMPANG
AKHIR PENCARIAN INI
Puisi Buat Mama
Ceritera Hati
Cahaya Pencarian
Teh Tarik dan Tanah Ini
Lihat semua


iklaneka
Kapasitor Mini via Facebook
Iklan PrasastiIklan Datakl
Iklan ToolbarIklan Pertandingan
Iklan TshirtIklan Kapasitor
muat turun
Dewan Gemilang Kapasitor 2009
Ringkasan Panduan Penulisan & Menghantar Karya
Aku Budak Setan: Nazihah (Versi Sopan)
Unwritten
Akhirnya Jo Sudah Tahu
Iklan di sini RM1/sehari