helpHelpfeedbackFeedback  Register
Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Selamat Datang Pelawat
Eh, masih belum mendaftar?
Log masuk jika sudah mendaftar
Penulisan > Koleksi Puisi > Puisi Eksperimental
3.8
5 Penilai
Cinta kita
Tarikh Dihantar: 2009-11-13 05:33:55 | 158 Bacaan
Share

Cinta kita

 

 

Tika ini, petak-petak kaca jendela bagai mula bersuara

Menyembang dengan cahya bulan dan gelap malam

Sambil melihat aku dengan rasa menyampah

Walau tiada sampah di dada lantai berjubin, sepupuku sibuk menghirup angin kipas lima tangan kayu

Bantal-bantal yang berselerak mencebikkan muka pada abangku yang duduk ala pahlawan

 

Aku jenuh bermain teng-teng.

 

Kemutan juring bengkak sebalik seluar koyak menangis gembira menutup muka

Semak dalam bulu kaki terselit daki semalam berbaki

Tak suci tapi berisi

Lembut-lembut pipi menarik cebis-cebis misai lupa potong

Paha seksi terselak menampakkan teruna separa laki-laki perasan serba boleh

Lumut tumbuh di celahan ketiak wangi tak bercukur

Muka yang hancur digilis motor cinta memasam tak bergula-gula

 

Aku bohong dalam pahala malam..

 

Mana lagi padi harus ku jadikan sepinggan nasi??

Sungguh, tiada tebu dalam cawan bicara kerna seguni halia kau sumbatkan ke dada

Lurah nestapa membesar bersama parit-parit kecewa

Membelai derita bernyanyi jerit-jeritan

Kuman-kuman cerita tipu main lompat tali dengan pak cik teori

Masa yang berlari jatuh berguling dijeling ruang matra bercekak pinggang

 

Si rumit mengasah pensel-pensel duka..

 

Madah rindu dan kesumat berpelukan dalam hujan gerimis si nanti

Kudis dendam atas jantung masak bersama air dapur sang kesuma hati

Pilu menggesek biola kisah silam

Mengilukan rambut-rambut ikal sepi hari ini

Angkuh pun lari ke taman permainan dengki

 

Pada wajah masam ustaz, aku terlibat...

 

Sungguh kening si mamak tak selebat bulu dada

Tapi haruman celah lengan mampu meremuk sambil letupkan deria hidu mangsa

Perang yang menjadi suasana negara sunyi

Sangat meriah jika dibakar sama bom naga

 

Tangan kiri angau pun putus tersepit dek pintu lori benci..

 

Dari hujung kuku kaki naik ke celah pelipat,

Semuanya pedih..

Mayang-mayang sari khusyuk menari seperti khinzir lari

Menerpa kilat sang cincin hikmat si gila babi

Atas keluhan hati sebusuk kaki bekas stokin pulang kerja

 

Kau menyumpah seranah dia bersahaja...

 

 

 

 



HTML:
Widget:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor.[Login]
3.8
5 Penilai


Komen
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh memberi komen. Sila Login

Perihal Penulis
Rizzy
Hantar MesejRizzy

Karya
print CETAK
email EMEL
karya curang LAPOR
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

Lain-lain karya Rizzy
Solah Dulu Baru Puasa (feat.Dayya)
Merdeka : Pakcik Pakcik Hebat
Pintu Bintang
Qit'ah Kalam Sakti
Puasa Dijerkah
Ini Ramadhan
Ritma
10wp : T,K,H,L
10wp : You Decide!
10wp : Our Love
Lihat semua



iklaneka


iklan
Iklan PrasastiIklan Datakl
Iklan Kapasitor