helpHelpfeedbackFeedback  Register
Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Selamat Datang Pelawat
Eh, masih belum mendaftar?
Log masuk jika sudah mendaftar
Penulisan > Koleksi Puisi > Puisi Kehidupan
4.2
9 Penilai
sumpah setia
Tarikh Dihantar: 2009-11-15 22:50:53 | 166 Bacaan
Share

sumpah setia

dulu aku berikan semuanya
sampai baju dan seluarpun tergadai
aku fikirkan dunia itu segala
dan segala itu hidup.

Maka segala dicurahkan
rumah, kereta, segala harta
cinta, saudara, keluarga
ke dalam lubang sumpah setia
biar laknat jadi ganti
biar Tuhan jadi saksi
kerna ini jalan paling berani.

Aku naikkan panji ke puncak maruah
mengikat otot dengan keringat
mengganti sum-sum dengan azimat
kalau merangkakpun perjuangan
harus sampai lahad.

Sumpah! Tak sekali bakal curang
berpaling atau mengerang,
biar berjengket di hujung tanduk
tetap berdiri itu pasti

kerna aku percaya ini haq
yang batil itu segala yang lain.

Kerna itulah kepercayaan,
itulah segala dan segala itu hidup.

Percayalah, nanti aku mati
lubang janji itulah taman syurgaku.

apunpital
11:36 pm
kazamidori



HTML:
Widget:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor.[Login]
4.2
9 Penilai

Komen
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh memberi komen. Sila Login

Perihal Penulis
zInggOf
Hantar MesejzInggOf

Karya
print CETAK
email EMEL
karya curang LAPOR
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

Lain-lain karya zInggOf
Aku Bicarakan Dalam Diam
Puisi Seekor Lembu
Setinggan Cinta
Cuma
Lepas Senyap Hujan
Zip Seluar Bapak-Bapak
aku penakut
Lu, lu. Gua, gua.
Syaitan Tak Masuk Syurga
Hujan Lepas Kemarau
Lihat semua


iklaneka
Kapasitor Mini via Facebook
Iklan PrasastiIklan Datakl
Iklan ToolbarIklan Pertandingan
Iklan TshirtIklan Kapasitor
muat turun
Dewan Gemilang Kapasitor 2009
Ringkasan Panduan Penulisan & Menghantar Karya
Aku Budak Setan: Nazihah (Versi Sopan)
Unwritten
Akhirnya Jo Sudah Tahu
Iklan di sini RM1/sehari