Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Koleksi Puisi > Puisi Cinta

CINTA

cinta....
saatnya memang terlalu indah
bicaranya selalu berjanji bermadah
segala-galanya bisa kau serah
mata yang terbuka bisa terlena
hati yang resah bertukar bahagia
rindu yang terkubur bangkit semula
bibir yang terkunci bisa menjadi romantis
dengan kalimah-kalimah yang manis
semanis tebu yang kau sedut tawarnya
tapi....bila hilangnya cinta??
adakah kau sebahagia yang telah kau rasa??

cinta....
tak bisa diungkapkan dengan kata-kata
terlalu sukar untuk membongkar rahsianya
jika tiada pegangan dan tiada cinta-Nya
fikiran bagaikan terbang tanpa sayap-sayap nyata
harapan dibina dan tersemat di jiwa
impian tercipta daripada seruan bahagianya
menanti mengharap hingga tiada batasnya
mengalahkan cinta si Rumie dan Julie
tapi....bila lenyap segalanya??
adakah kau bisa tersenyum dalam tangisan??

pada aku
cinta itu indah
cinta itu madah
cinta itu pasrah
cinta itu parah
cinta itu kalah
cinta itu darah

cinta itu indah pada rahsianya
bisa membahagiakan hidup untuk selamanya
kira cinta berlandaskan pada cinta
bukan berlandaskan pada nafsu yang celaka

cinta itu bermadah pada indahnya
merantai pergerakan mata yang terpana
kerana cemburu yang tidak tentu hala
setelah berjanji untuk bersama

cinta itu pasrah bila kau mula menyinta
merelakan semua cinta yang sempurna
pada nada jiwa dan nyanyian derita
pada sepenuh harapan yang kau bina

cinta itu parah bila ia terluka
menggamit segala perasaan kecewa
menghambat segala bahagia di depan mata
setelah cinta itu di dusta

cinta itu kalah pada takdir-Nya
kalah pada segala-gala yang tercipta
kalah juga pada bicara-bicara bahagia
dan akhirnya kalah itu mencari airmata

cinta itu darah bila dihukum sandiwara
dibicarakan di mahkamah derita yang pudar warnanya
indah dan madah telah tiada
terpaksa pasrah walaupun parah di dalam jiwa
terima kekalahan bersama utusaan darah yang tidak dapat kau lihat warnanya

cinta....
jangan kau bina impian yang terlalu menggunung tinggi
kerana bila ia runtuh nafasmu bagaikan tak bererti lagi
jangan kau terlalu mengharap pada cinta yang tak pasti
kerana bila cinta itu jatuh engkau turut jatuh tersungkur
cukuplah sekadar kau menghargai cinta yang telah kau lakar
cukuplah sekadar kau selalu mengindahkan harimu dengan tulus dan jujur
dan bertawakallah setelah kau sedaya upaya mempertahankan cinta yang ada
dan usahlah meratapinya kira cinta itu bukan milikmu lagi
kerana ada lagi cinta yang mungkin bisa kau miliki
mungkin esok,lusa atau di akhir masa nanti

cinta.....
aku pun tak pasti di mana akan ku temui
cinta yang benar-benar menghargai diri ini
aku pun tak tahu apakah cinta itu akan hadir lagi
setelah ku kunci pintu hati ini
selepas kehampaan dahulu mengirim perasaan benci
dan selepas aku membunuh rasa rindu dan sepi......

Nilaikan karya
Info Penulis
Info Karya

Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan
< < Puisi sebelum
kecewaku
Puisi selepas >>
Lupa

Lain-lain karya syukri
Lihat semua
Puisi terbaru
Bahasa Melayu
Latest Poetry
English
Puisi terbaru
Bahasa Indonesia
komen daripada Facebook

4 Komen dalam karya CINTA
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda




Ikut kapasitor



admin blog