Malam ini, alam membisu.
Hanya gelap yang menguasai bumi,
termasuk ruang kamar ku, dan itu - hati.
Ku bertanya pada kaki,
jejak-jejak yang telah ditinggalkan hari ini.
Ku bertanya pada tangan,
ke mana terbuang sentuhan mesra hari ini.
... - sepi - tahulah aku bahawa tiada tercapai akalku ini.
Hari esok,
penuh rahsia. Ingin mencari kunci rahsia untuk hari esok,
tapi apa daya makhluk biasa ini.
Sungguh benar masa itu sangat rahsia muka depannya.
Dan kesedihan,
mungkinkah ku undang kembali,
setalah berkurun menyelubungi perasaan.
Tiba saat ku disinari cahaya,
bersifat sementara bagai pelangi petang
...- mungkin tidak untuk kali ini.
Keceriaan akan terik menyinari,
mengeringkan titisan-titisan
yang ditinggalkan banjir kesedihan,
dan aku - yang sudah lemas.
|