Ke hadirat pusara terulung,
aku menyampaikan doa kepada-Nya,
memohon restu kerahmatan,
anugerah keampunan,
dan kehidupan kekal,
seperti yang dijanjikan-Nya,
hanya untuk mu.
Aku ingin memberi syukur,
tentang keindahan dan kemurnian,
yang telah aku rasakan, bersama dengan dia-
adam yang selalu mencari mu, penuh penyesalan;
yang mengagungkan mu, merindukan mu,
juga menghargai ku.
Aku pemuja dia,
yang datang dari rahim mu,
yang mempunyai naluri kamu,
tangan kamu,
budi bicara kamu,
yang dia begitu kerana kamu.
Ketahuilah dia mencintai mu,
dan aku syukur dengan dia.
Meski belum pernah ku berpijak di tanah itu,
tapi biar makam mu Bonda menjadi saksi,
doa ku ini.
|