Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Koleksi Puisi > Puisi Kehidupan

Diam

diam tak bermakna hilang suara;
hati-hati yang mati itu adalah kebangkitan waktu sendiri
bercerita dan berfalsafah juga adalah keunggulan minda seteguh jiwa

kerana

diam tak bermakna hilang kata-kata;
lantaran mata-mata yang buta itu adalah cahaya kepada terangnya
melihat dan mendengar juga adalah kebijaksanaan menganalisis teori yang terjadi


rupanya kita sering terlupa
dalam renung mata tersimpan makna
dalam remuk sangka tersimpan rasa percaya
pada setiap keterbiasaan menuding taksiran yang tak berdosa

kerana

diam tak bermakna hilang modal cerita;

lantaran kecewa hati ini adalah pedoman kepada pesalahnya
memikir dan mentafsir juga adalah risalah kepada penemu jawapan kita

Nilaikan karya
Info Penulis
Info Karya

Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan
< < Puisi sebelum
RINDU YANG KEMBALI
Puisi selepas >>
kedekut

Lain-lain karya syukri
Lihat semua
Puisi terbaru
Bahasa Melayu
Latest Poetry
English
Puisi terbaru
Bahasa Indonesia
komen daripada Facebook

0 Komen dalam karya Diam
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda




Ikut kapasitor



admin blog