Dalam penuh penuh matra
Aku bingung terbelah dua
Menyalut suka sedaya
Atas dada dada
Lebar lebar depanku
Bagai ruang riang palsu
Menadah muka muka mahu
Bergerak memilih tuju
Manakah lagi mimpi
Yang belum dimiliki
Buat mengisi lubang lubang hati
sarat nafsu nafsu duniawi
Arahku umpama hilang
Bila mata mata lupa melintang
Depan jalan jalan peluang
Yang perlu dijulang
Aku tertekan
Pada hujung dendam syaitan
Terhempas ke bahu bukan bukan
Membelai dosa ternakan..
|