Kalut berlari-lari penguin,
Ada anak siput berlari riang
Memekik "Hey, kite ada kepak. Boleh terbang!"
pada lewat petang yang dingin mencekik hidungku.
Mahu memetik gajus dari pohonnya, tak sampai.
Ketinggian membataskan aku, mungkin perlu 'wedges' baru.
Oh ya, aku kan di kebun
pada petang yang comel,
aku harus bercucuk tanam, segera.
Besok pagi aku mahu pagi yang cerah
Harus benar sengih cecah koklea
sambil bancuh koko panas
sebelum ke sekolah nanti.
|