Dalam perang mengelak hujan Jiwa tetap basah ditikam sedih yang panjang Tidak mampu untuk aku diamkan Tidak mampu untuk aku kosongkan Tidak mampu untuk aku leraikan Hati menangis basah sayu tapi kekeringan Hanya mampu kuat untuk penantian yang tiada kepastian Rasa kasih yang takkan pernah kurang Sentiasa disuburkan dengan darah luka yang pekat menghitam Semuanya hilang dalam kelam Biarkan Kerana semua daripada kesalahan yang mencengkam Takdir yang menentukan Janji terpatri dikukuhkan Tiada apa mampu kuberikan Hanya bicara dengan langit sentiasa dipanjatkan Dari tangga awan yang menenangkan Ya Tuhan Berikan kasih setulus Aisyah yang tenang Berikan sayang seikhlas Hawa yang tidakkan padam Berikan cinta semurni Khadijah yang terang Walau bukan untukku yang serba kekurangan Tapi untuk Adam jodoh terbilang. 5.20 a.m. Februari 28, 2010 Indah Permai
|