Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Koleksi Puisi > Puisi Agama

Aku Kain Sembahyang

Lihatlah tuan ku di situ,
Buat kerja? Buat apa pun aku tak tahu,
Memang dia tak pernah abaikan ku,
Cuma dia solat tak cukup waktu,
Sehari terlepas; dua, tiga waktu.

Lihatlah tuan ku di sana,
Kasihan dia; dia bukannya penderhaka,
Yang suka-suka buat penciptanya murka,
Hanya sesekali dia terleka,
Lemas dan alpa dalam arus dunia.

Lihatlah tuan ku; ke sini,
Kembalilah kamu ke sisi,
Lupakan sejenak urusan duniawi,
Kerjakan segera kewajipan mu ini,
Agar kamu sentiasa dalam redha Ilahi.

P/S : Dalam kesibukan kita menikmati dunia, janganlah sesekali kita lupakan kewajipan kita...Ingatlah, dunia hanya SEMENTARA...

 

 

Nilaikan karya
Info Penulis
Info Karya

Attribution-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan
< < Puisi sebelum
Dosa
Puisi selepas >>
GILA 10 MINIT

Lain-lain karya aoutfemme
Lihat semua
Puisi terbaru
Bahasa Melayu
Latest Poetry
English
Puisi terbaru
Bahasa Indonesia
komen daripada Facebook

4 Komen dalam karya Aku Kain Sembahyang
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda




Ikut kapasitor



admin blog