Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Koleksi Puisi > Puisi Kehidupan

Mencari kekuatan dalam kelemahan

Kali ini ,

Biar aku pecahkan tradisi

Biar orang bilang aku cacing yang mahu jadi naga ,

Itu bukan penyebab untuk aku tewas sebelum bermula . .

Sindir mereka ,

Aku ayam yang bermimpi menjadi helang

Tubuh kecil , tak khabar diri . .

Konon mahu terbang setinggi awan ,

Sedang kudrat naif tak terlawan  . .

Apakah sesuatu yang menjelikkan bila insan

Sepertiku bangkit meletakkan sasaran ?

Sekurang-kurangnya ,

Aku berbeza dengan mereka yang dangkal

Tak pandai menari ,

Tapi lantai pula dituduh berjongkang-jongket  . .

Arif menuding jari ,

Sedang salah sendiri tak diambil peduli  . .

Aku mahu dijulang sehebat bulan  . .

Diangkat setinggi langit  . .

Diagung persis pelangi . .

Teliti ini ;

Aku mahu bangkit dari rebah ,

Bernafas dari lelah ,

Bersuara dari lemah  . .

Ada sesiapa mahu jadi saksi ?

Sekurang-kurangnya ,

Bila dajal menghasutku berpaling dari janji ,

Aku akan terkenang

Pada kalian di sini . .

Bahawa sesungguhnya masih ada janji digantung tak bertali  ,

Dan aku harus bangkit menepati !

 

 

[tintadakwatbiru]

-SPM,tunggu aku !!-

Nilaikan karya
Info Penulis
Info Karya

Attribution 2.5 Malaysia
Keterangan
< < Puisi sebelum
Dia Anugerah Teragung
Puisi selepas >>
Anak-anak Seperti Kita

Lain-lain karya abjadbisu
Lihat semua
Puisi terbaru
Bahasa Melayu
Latest Poetry
English
Puisi terbaru
Bahasa Indonesia
komen daripada Facebook

14 Komen dalam karya Mencari kekuatan dalam kelemahan
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda




Ikut kapasitor


Kapasitor Bookstore

Sketsa Syahdu

Sketsa Syahdu adalah koleksi cerpen tulisan Khairulzuan B. Abd Majid yang termuat di Kapasitor.net. Cerpen-cerpen dalam ...
Price: RM 5


admin blog