Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Koleksi Puisi > Puisi Agama

Solah Dulu Baru Puasa (feat.Dayya)


Dalam dua kalimah

Kita syahadah memegang percaya

Tunaikan lima rukun semua

Baru puasa boleh dikira.

 

Ini aku kata, ikut aku punya suka

Tuhan Maha Adil susun syurga neraka

Asal buat baik Tuhan bagi aku pahala

Aku tak kesah apa kau nak kata.

 

Kau muka tak bersolah

Mengaku bersyahadah

Tiba-tiba

Melompat tahan lapar dahaga

Sia-sia tak dapat apa.

 

Aku mungkin belum sempurna lima

Tapi Tuhan tahu hatiku mulia

Aku tak menipu konon-konon baik punya

Ada aku kesah apa kau nak kata?

 

Habit buruk suka dicipta

Bila ditegur tak boleh terima

Bukannya aku baik mana

Dah benda wajib nak buat macamana?

 

Semua orang pun kena buat.

Ikut tertib turutan.

 

Rizzy & Dayya


Nilaikan karya
Info Penulis
Info Karya

Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan
< < Puisi sebelum
dRama(dhan) 19
Puisi selepas >>
1 Ringgitku

Lain-lain karya Rizzy
Lihat semua
Puisi terbaru
Bahasa Melayu
Latest Poetry
English
Puisi terbaru
Bahasa Indonesia
komen daripada Facebook

2 Komen dalam karya Solah Dulu Baru Puasa (feat.Dayya)
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda




Ikut kapasitor



admin blog