Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Koleksi Puisi > Puisi Ekspresi Diri

Penceroboh laknat


3 pagi Isnin 20/9/2010
kala lena di peraduan beralas tilam vono
aku dikejutkan jeritan alarm system ADT
aku lihat panel pemuka tertera kitchen area
ah!! sudah tentu ada penceroboh laknat cuba masuk rumahku
cepat-cepat aku menekan nombor mata-mata malam.

Serentak itu juga telefon aku berlagu cemas
rupanya jiran sebelah yang menekan nombor 'handset'ku
katanya jendela rumahnya terkopak
sahlah! ada penceroboh laknat mengintai rezeki haram.

Mata-mata malam laju merempit kalahkan Mag Biaggi di litar Sepang
dua tiga minit sudah terpacak di belakang rumahku
katanya kitchen grill terbuka dikopak
tingkap dan pintu dapur belum terusik suci
agaknya jeritan alarm  membuat penceroboh laknat terus cabut.

Terima kasih mata-mata malam
tak lupa juga jiran-jiran yang perihatin
syukur alhamdulillah
tiada yang buruk menimpa.

cikgunikmie

20/9/2010

11.34 am

Nilaikan karya
Info Penulis
Info Karya

Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia
Keterangan
< < Puisi sebelum
Maggi Jantan
Puisi selepas >>
Office Hati

Lain-lain karya ckgunikmie
Lihat semua
Puisi terbaru
Bahasa Melayu
Latest Poetry
English
Puisi terbaru
Bahasa Indonesia
komen daripada Facebook

1 Komen dalam karya Penceroboh laknat
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda




Ikut kapasitor



admin blog