Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Koleksi Puisi > Puisi Cinta

Office Hati


Kipas angin tangisan

Kau pasang paling max

Menerbangkan A4-A4 yang kutulis rindu

Ke muka pintu sebak.

 

Air kopi asmara semalam

Tertumpah atas fail-fail harapan

Menghitamkan kontrak dan tender

Kawasan perumahan cintaku.

 

Meja dan kerusi percaya bergoyang

Menjatuhkan nota-nota pelok cium

Yang terselit dalam planner sepiku

Pensel-pensel perasaan pun patah.

 

Rak buku-buku gembira roboh

Di lantai sedih

Memecahkan lampu senyum

Menimpa komputer riba gersangku.

 

Aku terduduk menarik nafas,

Memulakan misi

Mengemas office hati.


maksud warna:

metafora

personafikasi atau kata kerja mustahil

Nilaikan karya
Info Penulis
Info Karya

Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan
< < Puisi sebelum
Penceroboh laknat
Puisi selepas >>
Ganasnya kau

Lain-lain karya Rizzy
Lihat semua
Puisi terbaru
Bahasa Melayu
Latest Poetry
English
Puisi terbaru
Bahasa Indonesia
komen daripada Facebook

7 Komen dalam karya Office Hati
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda




Ikut kapasitor



admin blog