Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Koleksi Puisi > Puisi Ekspresi Diri

Tayangan Ulangan

kerana mereka tidak faham
apa yang dirasa tidak tergambar
tidak disiar
tidak diulang
hanya ada
tayangan berulang kali di dalam jiwa

pecah segala percaya
hanya ada harapan dan fantasi
enak sungguh mimpi sendiri
disana tercurah percaya dan rasa
disana terserlah jiwa yang berbicara
disana tempat
merawat ruwet di hati..

depan dan belakang
konotasi tidakkan sama
aku tahu
namun dimana mahu ku letak percaya
siapa berani menduga
kerana aku kecut untuk terus mencuba
gagal dahulu
esok hanya tinggal impian berharga
punah esok
pecahlah diriku
pecahlah...rawan hati yang sugul..


bangun! bangun!
kata manusia usah dibelenggu..
terus berjalan, lihat dihadapan
ohhh
kalau mudah tidaklah aku begini
kalau mudah, tidaklah aku berulang kali bersama ulang tayang
yang menyeksakan
yang mengecewakan
senang cakap senang mendengar
yang merasai jiwa pedih ini
tidak akan sama
dengan kamu.

apa yang berlaku hari ini?
apa akan berlaku esok hari?
apa yang aku sediakan hari ini?
terus terang...
aku tidak mahu memandang hadapan


hari ini aku cipta dunia impianku sendiri
indah...hanya aku dan fantasi sendiri
jangan paksa untukku kembali ke realiti
usahlah
sehingga masa dan dia datang memanggil
menjemput aku kembali
menjemput aku untuk memberi segenggam rasa percaya
menjemput aku untuk kembali lupakan sebuah luka

hidup ini
terlalu banyak yang indah
mengapa masih berbicara tentang luka yang satu?
aku tersenyum
ya aku gembira
indah belaka dikanan kiriku
namun
dibelakang dan dihadapanku
luka lama tertusuk, selamanya hidup didalam jiwa
selamanya
ulang tayang akan berlaku
selamanya
akan ada jatuh dan bangun




hari ini
biarkan aku bersama mimpi ciptaanku
biarkan aku bermain
gembira sejenak dalam karya ciptaan sendiri


hari ini
aku senyum
hari ini
luka lama berulang tayang lagi

Nilaikan karya
Info Penulis
Info Karya

Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan
< < Puisi sebelum
riNdu-
Puisi selepas >>
Asing.

Lain-lain karya sughananah
Lihat semua
Puisi terbaru
Bahasa Melayu
Latest Poetry
English
Puisi terbaru
Bahasa Indonesia
komen daripada Facebook

2 Komen dalam karya Tayangan Ulangan
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda




Ikut kapasitor



admin blog