hiba menyentap jiwa sedu mengetuk rasa
pasrah, aku lelah, hilang segala tabah, sia-sia semua langkah,
sudah, aku marah, yang aku mahu tiada menyerah, yang aku benci datang dari segenap arah.
Jauh aku merenung ke infiniti mengenang diri, mencari salah dalam setiap laku menampal sumbing pada timba hidupku
Tiada, Engkau tetap bukan di situ. Di deretan rakan-rakan sejenismu, Jika tiada kelibatmu di Syed Abu, Mungkin kutemu engkau di lain waktu, atau, Mungkin di Seven-Eleven saja.
|