Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Koleksi Puisi > Puisi Kehidupan

AKU kah itu...

Pedih

Hati bagai dihiris

Jiwa bagai dirobek

Jantung bagai disiat

Kini hanya perit

AKU kah itu...

 

Perit

Tanggung hatiku yang pedih

Tanggung jiwaku yang robek

Kini hanya sedih

AKU kah itu...

 

Sedih

Ratap hati yang perit

Ratap jiwa yang robek

Kini hanya kecewa

AKU kah itu...

 

Kecewa

Kerana hati yang sedih

Kerana jiwa yang robek

Kini hanya lemah

AKU kah itu...

 

Lemah

Hati pedih, perit, sedih, kecewa

Jiwa pedih, perit, sedih, kecewa

Kini hanya duka

AKU kah itu...

 

Namun

Semua itu  ilusi semata

Kerana yang nyata

AKU

Senyum dalam pedih

Ketawa dalam perit

Ceria dalam sedih

Bahagia dalam kecewa

Tabah dalam lemah

Itu AKU

 

 

 

 

Nilaikan karya
Info Penulis
Info Karya

Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan
< < Puisi sebelum
cukup hanya sekali
Puisi selepas >>
Berita Cerita Derita

Lain-lain karya ciksal
Lihat semua
Puisi terbaru
Bahasa Melayu
Latest Poetry
English
Puisi terbaru
Bahasa Indonesia
komen daripada Facebook

3 Komen dalam karya AKU kah itu...
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda




Ikut kapasitor



admin blog