Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Koleksi Puisi > Puisi Ekspresi Diri

Tidakkah Kau Tahu

Tidakkah kau tahu

Hati aku umpama Natrium Hidroksida, NaOH

Mengapa kau simbah

Dengan sebikar air, H2O

Sedangkan kau tahu O2 itu kandungannya

Maka dengan sinis kau ketawa

Bila hati aku mula meledak panas

 

Tidakkah kau tahu

Hati aku umpama kalkulus  f(x)

Mengapa kau rungkai

Dengan jawapan pengamiranmu

Sedangkan kau tahu x itu tangkai hatiku

Maka dengan sinis kau ketawa

Bila hati aku mula menyusut 0

 

Tidakkah kau tahu

Hati aku umpama  momentum p

Mengapa kau cuba rumuskan

Dengan kosongkan mv dari  hatiku

Sedangkan kau tahu mv itu halaju dan jisim hatiku

Maka dengan sinis kau ketawa

Bila hati aku mula menjadi statik.  

 

Tidakkah kau tahu

Hati aku umpama Lactobacillus acidophilus, Lc

Mengapa kau racun ia

Dengan Salmonella typhimurium, St

Sedangkan kau tahu Lc itu baik padaku

Maka dengan sinis kau ketawa

Bila hati aku mula dikontaminasi dengan St mu

Nilaikan karya
Info Penulis
Info Karya

Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan
< < Puisi sebelum
Tersembunyi
Puisi selepas >>
Larut

Lain-lain karya ciksal
Lihat semua
Puisi terbaru
Bahasa Melayu
Latest Poetry
English
Puisi terbaru
Bahasa Indonesia
komen daripada Facebook

4 Komen dalam karya Tidakkah Kau Tahu
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda




Ikut kapasitor



admin blog