Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Koleksi Puisi > Puisi Cinta

Aku Mahu Cinta (Tapi Aku Bukan Loser)

"Love is for losers."
"Love is for losers."
"Love is for looooooooserrrrsssssss!"
"And you are one of them!"

Selalu ada suara berbisik sinis begitu.
(dan lucu, aku terkadang menyalahkan teman yang seorang itu!)

Tapi tanpa cinta
Aku,
Siapa?

Aku bukan loser
Tetapi
Aku impi cinta,
Yang bawaku ke syurga,
Di sana terbina
Mahligai cinta agung
Besarnya, indahnya
Taj Mahal pun kalah berganda
Tanda cinta Si Ar-Rahim.

Namun aku bukan sufi
Dosaku berjela, ya!
Besar, kecil kau bilang saja
Tentu ada
Tapi yakin benar,
Cinta dicipta bukan sia-sia,
Ia jalan menuju mahligai nan idaman.

Aku mahu cinta,
Bukan untuk jadi loser.
Aku mahu cinta
Untuk ke syurga.

Mari raikan cinta
Biar hujung jalannya syurga.
Siapa mahu, ayuh denganku!

Huda Engku
5 November 2012
Kamar beradu

Nota: Tuhan, kau cinta agung. Itu fakta yang imanku sering lupa. #istighfar
 

Nilaikan karya
Info Penulis
Info Karya

Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan
< < Puisi sebelum
bahagia
Puisi selepas >>
tinggal sepi

Lain-lain karya Choco
Lihat semua
Puisi terbaru
Bahasa Melayu
Latest Poetry
English
Puisi terbaru
Bahasa Indonesia
komen daripada Facebook

0 Komen dalam karya Aku Mahu Cinta (Tapi Aku Bukan Loser)
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda




Ikut kapasitor



admin blog