Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Koleksi Puisi > Puisi Cinta

Tempoh Hari Di Ruang Yang Luas Itu (yang takut untuk dikenang)

Tempoh hari waktu pagi
Dia hadir di ruang itu
Kembali menjejaki memori yang keciciran
Di tangga automatik,
Di meja kecil bulat warna putih krim
Ada senyum melekat di situ
Bunyi-bunyi suara yang dirinduinya
Seperti melewati cupingnya,
Bercerita rancak, nada persis manusia bahagia.
Ditoleh
Kiri
Kanan.
Kiri lagi.

Hampa.

Sia-sia ruang itu luas
Tapi…
Kosong.

Huda Engku
7 November 2012
Kamar beradu 

Nilaikan karya
Info Penulis
Info Karya

Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan
< < Puisi sebelum
Pencarian
Puisi selepas >>
Jika Aku Petik Tali Halus

Lain-lain karya Choco
Lihat semua
Puisi terbaru
Bahasa Melayu
Latest Poetry
English
Puisi terbaru
Bahasa Indonesia
komen daripada Facebook

2 Komen dalam karya Tempoh Hari Di Ruang Yang Luas Itu (yang takut untuk dikenang)
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda




Ikut kapasitor



admin blog