Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Koleksi Puisi > Puisi Kehidupan

Bangsat!

kau tahu, sejak kau hadir dalam hidup,
hidup aku semakin kucar-kacir,
kau bikin aku derita,
sengsara,
pada kau itu yang bisa membuat kau ketawa.

bangsat!

ayat pertama yang aku luah dikala aku kesulitan,
kau tak sudah mencari apa kesalahan aku,
kau tak sudah mengungkapkan diksi yang maha pedih menusuk kalbu,
pada kau itu bisa membuat kau bahagia.

kau biar dikala aku jatuh tersungkur mencari penyuluh hakiki.
kau siapa?
kawan?
musuh?
aku rasa kau layak digelar bangsat.

kau tahu apa itu bangsat?
sejenis kuih bulan buatan nyonya tua belakang rumah aku.

kau bukan kawan aku.
bukan.
jangan tanya aku kenapa kau pula jatuh tersungkur nanti.
Tuhan Maha Adil.
kau tahu apa itu karma?

sedarlah.

 

Nilaikan karya
Info Penulis
Info Karya

Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan
< < Puisi sebelum
"Manusyia"
Puisi selepas >>
Kasih Yang Sentiasa Di Sini

Lain-lain karya Nine
Lihat semua
Puisi terbaru
Bahasa Melayu
Latest Poetry
English
Puisi terbaru
Bahasa Indonesia
komen daripada Facebook

2 Komen dalam karya Bangsat!
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda




Ikut kapasitor



admin blog