Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Koleksi Puisi > Puisi Patah Hati

Kasih Yang Sentiasa Di Sini



Berpintal-pintal tak menentu arah
Tujunya
Seperti menjerut nafas, menolak nyawa
Jauh dari entiti yang lemah.
Yang lemah itu sebenarnya;
Jasadkah,
Atau jiwakah?

Tercari harapan di ceruk sisa semangat
Jalannya bengkok bolehkah tunjuk,
Kalau-kalau masih punya
Arah yang lurus?


Oh adakah yang masih peduli,
Memerhati, menunggu waktunya sesuai
Demi mengisi
Suatu kekosongan?

Sini!

Sini!

Sini!

Dekatnya Dia sentiasa ada
Setianya Dia menghulur tangan
Mengapa itu tiada dipeduli,
Sedang Dia sentiasa melihat
Dengan mata penuh kasih
Membuak sayang.
Lalu kini
Sudahkah kau sudi
Menghulur kedua tanganmu
Menyambut mesra huluran-Nya
Yang menanti sejak tercipta rohmu?

Huda Engku
14/12/12
8:50pm 

Nilaikan karya
Info Penulis
Info Karya

Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan
< < Puisi sebelum
Bangsat!
Puisi selepas >>
Cinta Disebalik Baldu

Lain-lain karya Choco
Lihat semua
Puisi terbaru
Bahasa Melayu
Latest Poetry
English
Puisi terbaru
Bahasa Indonesia
komen daripada Facebook

0 Komen dalam karya Kasih Yang Sentiasa Di Sini
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda




Ikut kapasitor



admin blog