Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Koleksi Puisi > Puisi Perhubungan

Siapa?

aku termangu, bertahun aku pendam.
ini yang aku peroleh.
cemburu? salahkah aku cemburu?
cemburu dengan bait kata, cemburu dengan tingkah dia,
aku cemburu. ya!

tapi seolah aku perlu ketepikan,
tiada istilah cemburu dalam hubungan.
dia setia, aku setia, mereka juga setia.
siapa mereka?
aku tak tahu.

aku perlukan semangat,
semangat yang menjulang aku ke udara semula.

cemburu aku makin menjadi-jadi.
melampaui batas sampai ke tahap teratas,
setiap bait kata perlu aku telan meski perit tak tertahan,
padan muka aku kan?
ya! padan muka!

sebenarnya aku perlu yakin,
masalah yang melanda, tiada istilah yakin dalam diri,
seolah aku terlalu dibayangi kesilapan silam dia,
tapi aku ketepikan,
ahh manusia, sesiapa bisa buat silap tak semena.

ke mana hala tuju aku?
aku tak tahu,
termangu?
diam membisu?
aku buntu!

semua salah yang aku fikirkan semula, berpunca dari cemburu!
kau, cemburu,
NYAH kau dari hidupku!
biar aku tenang di sudut berliku,
agar tiba saat itu,
aku bisa tersenyum sipu,
sama seperti dahulu.

buat awak, maafkan saya. maafkan segalanya.

 

Nilaikan karya
Info Penulis
Info Karya

Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan
< < Puisi sebelum
Cinta Disebalik Baldu
Puisi selepas >>
Tewas Dengan Malam

Lain-lain karya Nine
Lihat semua
Puisi terbaru
Bahasa Melayu
Latest Poetry
English
Puisi terbaru
Bahasa Indonesia
komen daripada Facebook

2 Komen dalam karya Siapa?
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda




Ikut kapasitor



admin blog