Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Koleksi Puisi > Puisi Kehidupan

‎Aku, Si Pokok Besar, dan Sebuah Kedewasaan

antara sedar dan tidak
waktu menelan usiaku rakus
tiada lagi 'lompat si katak lompat'
tiada lagi depaan tangan si 'galah panjang'
'lat ta li lat tai li tam plom' berkubur sepi.

aku melihat si pokok besar di hujung padang
kulit kasarnya semakin kering
dedaunnya banyak di bawah dari di atas
aduhai mercu kebebasanku!
tidakkah engkau rindu pada sahutanku
tidakkah engkau rindu pada pelukkanku
detik waktu menelan segalanya
dan engkau, si pokok besar
masih gah menggenggam kenangan lalu.

di sini,
di antara medan waktu dan zaman
aku mencungkil segala kenangan dulu
biarpun jauh di pusat bumi
biarpun tinggi di mega langit
aku mengumpilnya satu persatu
helaian demi helaian berselerakkan
basah digauli airmata kerinduanku
terbatas dek kedewasaan meningkat.

-gelap-
12/01/2013
1.45 pagi

Nilaikan karya
Info Penulis
Info Karya

Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan
< < Puisi sebelum
Cinta Telah Mati
Puisi selepas >>
Hiba

Lain-lain karya gelap
Lihat semua
Puisi terbaru
Bahasa Melayu
Latest Poetry
English
Puisi terbaru
Bahasa Indonesia
komen daripada Facebook

1 Komen dalam karya ‎Aku, Si Pokok Besar, dan Sebuah Kedewasaan
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda




Ikut kapasitor



admin blog