Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Koleksi Puisi > Puisi Agama

Takir Doa Anakanda.

Di jasad yang terbuku sendu,
terlihat samar mata cahaya yang menyejukkan,
di jasad yang terkaku lalu,
terlihat samar air basuhan dari tangan yang diinginkan,
dalam sedu segulung sebidang dibentang,
payah payau pemotongnya seru namamu.

Hadirlah-hadir mengimami solat,
kami bukanlah cahayanya,
sangsilah-sangsi di hatimu,
sangailah-sangai di hatinya,
bukankah kamu puisi harinya,
bermadah pujangga penyulam hati.

Lembut tangan yang membasahi telapak doa,
disagat segala mintanya terbentang selimut rasa,
itulah tangan mata cahaya yang mengimami doa,
itulah pancar mata sinar yang diangkat melangit syurga,
kerana ikatan cahaya dari pembuluh darah yang berkait,
yang dalam doa ikhlas itulah ditongkat ke langit.

Masihkah kekhilafan itu membelenggu cahayaku,
wujudkah takir iman yang mengisi lok nadimu,
masihkah kekentalan nafsu itu menolak hidayah-Mu,
wujudkah peking-pekik doa ayahanda,
mengharap dan terus bersebab,
sedang mereka kini berteleku menunggu doamu.

Benarkah kekentalan itu sekadar duniamu,
duniakah bila duit yang menjadi kepastian bukanlah sinar,
anaklah bila dunia sekadar di hujung kuku,
wujud bergolak-gadai ludah harta duniawi,
sesarap disuap sekadar cuma,
sedang kecong-kecoh takkan pernah berhenti,

Ingatlah pada jantung bonda,
yang tak selamanya berdetak,
ingatlah pada senyum ayahanda,
yang tak selamanya kelihatan,
puaskah hidupmu sekadar malap cahaya,
tanpa wujudmu membekal amalan.

Nilaikan karya
Info Penulis
Info Karya

Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan
< < Puisi sebelum
Hati
Puisi selepas >>
Cinta

Lain-lain karya Adika
Lihat semua
Puisi terbaru
Bahasa Melayu
Latest Poetry
English
Puisi terbaru
Bahasa Indonesia
komen daripada Facebook

3 Komen dalam karya Takir Doa Anakanda.
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda




Ikut kapasitor



admin blog