Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Koleksi Puisi > Puisi Kehidupan

Seniman Itu.

Malam ini dipentas seni,
gugurnya bunga duka,
mengurai setiap kelopak,
dalam bias alur gerak,
seniman menggula derita.

Malam ini dipanggung ini,
bunga baru menjelma,
menguntum kitar baru,
bagiku pentas nan lama,
drama harum nian bertunas.

Semalam mengarang rangkap,
pada baris syair nan indah,
seseni mana tak terungkap,
dalam bias alur fikir,
seniman menggeliga akal.

Semalam di bahunya bergelar,
orang muda di Malay Opera,
langkahnya bersambut,
kerana itu semua semalam,
di bahunya bergelar.

Hari ini dia hilang Seri Panggung,
dibeli bangsawan harta,
dalam rautnya tergores bibit renta,
kerna dia bangsawan derita,
menjual seni dalam nyawa.

Pada wang di meja kekira,
rezeki di hujung Sang Seniman,
pada wajah suratan takdir,
tercalit di bahu kiri dan kanan,
Dialah Seniman itu.

Nilaikan karya
Info Penulis
Info Karya

Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan
< < Puisi sebelum
Cinta
Puisi selepas >>
.: rasa :.

Lain-lain karya Adika
Lihat semua
Puisi terbaru
Bahasa Melayu
Latest Poetry
English
Puisi terbaru
Bahasa Indonesia
komen daripada Facebook

4 Komen dalam karya Seniman Itu.
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda




Ikut kapasitor



admin blog