Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Koleksi Puisi > Puisi Kehidupan

Tetamu

 

Mengimbau tetamu pagi dalam kepekatan malam,

yang terhidu dalam takir terisi Jebat mewangi,

itulah tetamu siang yang mencerlang fajar,

meracik shahwat menggoncang iman,

tanpa desah nafas bersahut di batang tubuh,

hanya rangkaian kata dan ulas bibir tersenyum,

mujur dian peneman akidah,

hinggakan nadi berbekal amanah,

 

Aduhai tetamu pagi,

mentari sudah di pinggiran barat,

hilang manikam keciciran Jauhari,

langkahpun terkacip bibir tersadung bicara,

ombak rindu berdesir di kelopak mata yang berbutir permata,

mengizharkan segala degupan nadi,

kerana pungguk itu sentora penyabar,

menunggu rembulan jatuh ke riba,

 

Tetamu setengah hari kini disambut,

pada saat mentari berpaut di ubun kepala,

tibalah dia menuai isi cerita,

terkelu nadi menyambut tetamu tengah hari,

mengandung hujan dibawanya bersama,

mampukah pungguk menanti rembulan,

dalam hujan badai menggila tersadai,

hujan mendodoi arah Si pungguk,

Nilaikan karya
Info Penulis
Info Karya

Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan
< < Puisi sebelum
Sendirian
Puisi selepas >>
Nadi Muzika

Lain-lain karya Adika
Lihat semua
Puisi terbaru
Bahasa Melayu
Latest Poetry
English
Puisi terbaru
Bahasa Indonesia
komen daripada Facebook

0 Komen dalam karya Tetamu
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda




Ikut kapasitor



admin blog