Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Koleksi Puisi > Puisi Cinta

Nadi Muzika

jika ku amati alur mu
mampu rebah ke lembah neraka hendak nya
alun major mu, sungguh merdu
terbuai di anganan bak puitis nya muzika.

lenggok nya rapi
terhasil karya muzika indah
petikan demi petikan
lagi..lagi aku hanyut dalam kemerduan nya.

muzika seakan mencuri nadi
degup nadi ku kini sudah selari dengan nya
sang pencuri nadi
kenapa kau petik kan alunan baru?

satu per satu alunan ku amati
nota-nota muzika yang menggila kan
mengiurkan, merah bak saga
jatuh cinta jutaan kali pun kau tak kan mampu sedar.

nota muzika itu santun mu, wajah bercahaya
nadi itu hati ku, yang berdegup kencang
fatamorgana indah terukir
tika ada nya kamu disisi.

ya, aku gila!
dalam diam aksara di susun rapi
terkadang tersadung juga
nota-nota minor terhasil.

pengharapan penuh redha
agar pena takdir sentiasa basah
untuk mengukir nama mu
dalam kisah muzika selari dengan nadi ku. 

Nilaikan karya
Info Penulis
Info Karya

Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan
< < Puisi sebelum
Tetamu
Puisi selepas >>
Langkah kita

Lain-lain karya puterimu
Lihat semua
Puisi terbaru
Bahasa Melayu
Latest Poetry
English
Puisi terbaru
Bahasa Indonesia
komen daripada Facebook

2 Komen dalam karya Nadi Muzika
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda




Ikut kapasitor



admin blog