Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Koleksi Puisi > Puisi Patah Hati

Pada Saat Isteri...

Pada saat isteri...

Patuh setiap kata,

Terima semua cerita,

Fahami segala derita,

\\\"Kaulah isteri mithali, idaman suami\\\", katanya.

 

Namun pada saat isteri...

Pamer rasa marahnya,

Tunjuk rasa kecewa,

Tayang rasa dukanya,

\\\"Kaulah isteri paling ****mak!\\\", makinya.

 

Pada saat isteri...

Berduit, bergaji, diminta suaminya,

Isteri cuma soal, \\\"Abang nak untuk apa?\\\"

Pasti isteri terima apa jua alasannya,

Pasti akhirnya isteri beri pada suaminya.

 

Namun pada saat isteri...

Minta pada suami,

\\\"Untuk apa? Tak perlu, membazir!\\\", katanya,

Pasti isteri terdiam seribu kata,

Pasti akhirnya isteri berputih mata. 

 

Pada saat isteri...

Sihat, kuat bertenaga,

Ditakdirkan jatuh sakit suaminya,

Pasti isteri belai, mesti isteri jaga,

Sampaikan ubat pun disua.

 

Namun pada saat isteri...

Terlantar sakit tak bermaya,

Mengaduh sakit pada suaminya,

Jangankan ubat nak disua,

Malahan isteri diherdik pula.

 

P/S : Belajarlah jadi suami MITHALI idaman isteri, jangan cuma berharap kesempurnaan layanan dari sang isteri sedang kasih dan perhatian isteri sering dipandang sepi...

Nilaikan karya
Info Penulis
Info Karya

Attribution-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan
< < Puisi sebelum
warisan yang kabur
Puisi selepas >>
Tinggi

Lain-lain karya aoutfemme
Lihat semua
Puisi terbaru
Bahasa Melayu
Latest Poetry
English
Puisi terbaru
Bahasa Indonesia
komen daripada Facebook

0 Komen dalam karya Pada Saat Isteri...
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda




Ikut kapasitor



admin blog