Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Koleksi Puisi > Puisi Kehidupan

Hatinya yang dua

Semalam hujan turun di tanah tenang

Di bahagian tengah negeri hati

Basah melahirkan banjir

Sejuk menetaskan  sunyi

 

Tidak lama datang badai

Menghempas tebing negerinya lagi

Merosak segala tanaman abadi

Memusnah tembok tembok hakiki

Penduduk hati mula berantakan

Lari, lari dan lari

 

Tengah malam

Ribut mengganti sesudah hujan menyepi

Punah membelah negeri hati

Hati selatan menunggu mentari

Hati timur mencari rembulan

Belahan yang tak keruan

 

 

Taman taman hati

Yang pernah bergelar realiti

Kini tertanam di jajahan mimpi

Galaksi tubuh manusia nyata tak menyedari

Mungkin butanya melengkapi tuli

Mesti atau pasti

Negeri hati menanti mati.

 

Nilaikan karya
Info Penulis
Info Karya

Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan
< < Puisi sebelum
Hiruk dan pikuk
Puisi selepas >>
Hari-Hari ku..

Lain-lain karya paiwunan
Lihat semua
Puisi terbaru
Bahasa Melayu
Latest Poetry
English
Puisi terbaru
Bahasa Indonesia
komen daripada Facebook

0 Komen dalam karya Hatinya yang dua
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda




Ikut kapasitor



admin blog