Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Koleksi Puisi > Puisi Cinta

Petunjuk

Maha Pencipta,

Dekatkan dia.

Cepatkan ia.

Permudahkan segalanya.

Kerana aku semakin takut...

Bumi sudah makin tua.

Nazaknya sudah ada.

Lenyapnya bila-bila masa saja.

Sedangkan aku...

Pergiku entah bila.

Dosaku masih bertimba-timba.

Begitu juga hutang, masih berjela.

Aku memang...

Hmm tak bersedia.

Siang malam pikir kerja je.

Sibuk kaut harta dunia.

Tapi bila pikir... Sampai bila??

Ingin juga aku jadi rusuk kiri buat si dia.

Lihat wajah dia, masak untuk dia, layan dia macam raja...

Itu semua catatan kanan buatku.

Aku mahu semua itu!

Aku mahu kumpul semuanya buat bekal di dunia lagi satu.

Tapi nak mula dari mana, dengan siapa?

Aku pun tak tahu.

Wahai yang Maha Tahu,

Aku mohon pada-Mu.

Berilah petunjuk, siapa dia untuk aku.

 


Di permaidani-Mu,

Nor Marlina

13/03/13

 

Nilaikan karya
Info Penulis
Info Karya

Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan
< < Puisi sebelum
Akulah Penyair Sambal.
Puisi selepas >>
Tari

Lain-lain karya normarlina
Lihat semua
Puisi terbaru
Bahasa Melayu
Latest Poetry
English
Puisi terbaru
Bahasa Indonesia
komen daripada Facebook

0 Komen dalam karya Petunjuk
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda




Ikut kapasitor



admin blog