Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Koleksi Puisi > Puisi Cinta

Kun Fa Ya Kun

Kau rasa kau cukup hebat kan?

Suka-suki nilai orang melalui luaran.

Yang ini kau cebik \\\"stok senang dapat\\\".

Yang itu kau kata, hanya tutup \\\"urat\\\".

Macam-macam kau sebat.

Ye lah, sebab kau rasa kau lah yang paling sempurna sifat.

Takde cela, kau lah yang terhebat.

Tapipernah tak kau sangka...

Yang kau lihat nakal itulah, anak yang paling taat.

Yang ranggi berskirt mini itulah yang menyarung telekung sesudah azan tamat.

Kau tak sangka semua tu kan?

Memanglah... Sebab kau bukan Tuhan.

Kau sikit pun tak layak nak jatuhkan hukuman.

Percayalah, ada hikmah di balik setiap ciptaan.

Jangan ingat kau mulia hari ini, mulia juga kat sana nanti.

Jangka sangka dia yang kau hina hari ini, tidak sempurna masa depannya.

Kau siapa?

Kalau belum panjang akal di kepala.

Belum cukup ilmu di dada.

Belum tebal iman di jiwa.

Jangan suka-suka hina-hina.

Kau pernah dengar \\\"Kun Fa Ya Kun\\\"?

Banyak yang dah Dia buktikan. Cuba lihat sini-sana.

Segalanya boleh berubah sekelip mata.

Kalau dia mahu

Kau apa tahu?


 

Ada apa pada luaran?

Nor Marlina

26/02/13

 

Nilaikan karya
Info Penulis
Info Karya

Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan
< < Puisi sebelum
Tari
Puisi selepas >>
terindah

Lain-lain karya normarlina
Lihat semua
Puisi terbaru
Bahasa Melayu
Latest Poetry
English
Puisi terbaru
Bahasa Indonesia
komen daripada Facebook

0 Komen dalam karya Kun Fa Ya Kun
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda




Ikut kapasitor



admin blog