Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Koleksi Puisi > Puisi Cinta

tentang sesuatu...

tentang sesuatu..
sesuatu yang mana melibatkan sebuah kotak yang amat berharga, tidak ternilai
sebuah kotak yang didalamnya terisi suka, hilai tawa dan gembira
yang aku bajainya dengan cinta dan kasih sayang
yang aku belainya umpama menatang minyak yang penuh
sungguh berhati-hati
begitu perit untukku menjaga kotak ini
amat sukar untukku berkongsi kotak ini 
tetapi..
pabila aku kongsikan kotak yang tidak ternilai harganya ini
tidak ku menjangka
bahawa kotak ini hanya sebagai suatu tempat persinggahan jua 
tempat untuk meragut segala kebahagiaan
kini, kotak ini dibiar terkulai layu, tidak lagi diendahkan
kotak yang dahulunya penuh dengan warna-warni cinta dan kasih sayang sudah tidak bermaya, sudah hilang serinya
yang tinggal kini hanyalah duka, hiba, tangis dan airmata
ku pasrah..
duhai sang pencinta
kembalikanlah cahaya cinta dan kasih sayang yang telah kau ragut dengan kejam ke dalam kotak ini
agar
dia kembali seperti dahulu, sebuah "kotak hati" yang sempurna daripada Maha Pencipta 

Nilaikan karya
Info Penulis
Info Karya

Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan
< < Puisi sebelum
Suara
Puisi selepas >>
Pinjaman

Puisi terbaru
Bahasa Melayu
Latest Poetry
English
Puisi terbaru
Bahasa Indonesia
komen daripada Facebook

0 Komen dalam karya tentang sesuatu...
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda




Ikut kapasitor



admin blog