Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Koleksi Puisi > Puisi Ekspresi Diri

petang

petang yang suram ronanya
mungkin tiada mentari si temannya
tidak pula sifatnya gelap
cuaca itu ada gelap dan terangnya dengan rahsia tak tergilap

waktu dan cuaca itu bukanlah iklim
melainkan sifat dirinya yang senantiasa berubah
berubah dek kerana angin perasaan yang hembus kuat dalam sanubarinya
terpaku dan bisu kerana sering saja berubah
keliru akan permainan yang sendiri mainkan
akhirnya, terkulai dan mengalah
menyalahkan yang lain menjadi pilihan dan bukan tetapannya...

angin yang berhembus
takan sekuat hembusan marahnya
takan sekuat hembusan dengkinya
takan sekuat hembusan cemburunya
kerana angin yang tuhan utuskan memahami atmosferanya..

mentari pula kian suram dan tenggelam
bersama seribu kecelakaan dan perit hari
itu diriku
yang menyimpan pelbagai rahsia
dan perubahan.

sampai saja malam menjemput
kau tahu waktunya sampai
jadi hentikanlah rajuk mu dan senyum la kepada bulanmu..

 

Nilaikan karya
Info Penulis
Info Karya

Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan
< < Puisi sebelum
Cili Memang Pedas
Puisi selepas >>
Puisiku Jawab Puisimu

Lain-lain karya lemau
Lihat semua
Puisi terbaru
Bahasa Melayu
Latest Poetry
English
Puisi terbaru
Bahasa Indonesia
komen daripada Facebook

0 Komen dalam karya petang
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda




Ikut kapasitor



admin blog