Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Koleksi Puisi > Puisi Cinta

Jiwa Kacau!

Sedang medula oblagata bergelora,
Datangnya dari medula spinalis,
Mengerah keringat impuls dari kiri ke kanan,
lalu aku batuk dan berkedip.

Kau lagi yang muncul!
Apa sial ku?
Haram...
Nak ku buang ke jauhan,
Kau kembali,
Mahu ku bunuh,
Kau lahir semula,
Salahkah aku?
Kaku. Diam. Sepi.

Apalah ertinya insan jika aku peduli,
Ikhlas, tulus, budi,
Semuanya telah kau tikam dulu,
Kejam.
Memang.
Aku sabar...dan sabar.

Kini aku letih,
letih dengan warna pelangi mu.
Tiba bila sang gemiris mengundang,
Pergi bila sang suria menerjah jendela,
Pelangi petang bagi mu.

Ku lihat dimana ku berdiri,
Bukan dibelakang siapa aku berdiri,
Aku adalah aku,
Kau adalah kau,
Antaranya kelabu.

 

Nilaikan karya
Info Penulis
Info Karya

Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan
< < Puisi sebelum
#3 Aku pelangi itu.
Puisi selepas >>
Argghhh Sedap!

Lain-lain karya sirRaimi
Lihat semua
Puisi terbaru
Bahasa Melayu
Latest Poetry
English
Puisi terbaru
Bahasa Indonesia
komen daripada Facebook

0 Komen dalam karya Jiwa Kacau!
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda




Ikut kapasitor



admin blog