Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Koleksi Puisi > Puisi Ekspresi Diri

KERUSI

 

Tempat duduk yang sering kau cari lepaskan penat
tempat menjadi peraduanmu tika kau lelah mencari tempat
tempat yang juga kau dambakan,
jika kuasa yang engkau angankan
ianya tetap sama,
sama fungsi,
sama cara buat,
sama tujuan,
tapi tidak sama penting.

Lelah atau tidak usahamu
bukan jadi kesan pada jiwa mudaku
jiwa aku hanya ingin satu yang tenang zahir dan batin
yang mengharap pandangan dan juga prihatin.


kerusi
jadi makhluk agung bila tiba musim tuaiannya
ada yang sanggup mati,
sanggup hilang maruah diri,
dambaan besar bagi jiwa yang rakuskan pangkat dan harta
dambaan bagi jiwa yang bencikan dusta dan nista
kokongan jiwa yang terpahat dek pegang kepala yang SATU
kita semua jadi haru.

kerusi yang tak punya rasa
mampu ukirkan senyuman atas tindak manusia yang menyiksa
menyiksa yang benar demi membenarkan batil
sanggup saja dilibat hal di atas katil
ini tindak kau yang bernegara kerdil
terlalu padu dengan si jahil
terlalu menyanggah pejuang yang bertuhan Al-Wakil
kerana terlalu menyembah kepada si bakhil
bakhil pada kebenaran
dari subur di muka bumi milik Al-Jalil

Nilaikan karya
Info Penulis
Info Karya

Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia
Keterangan
< < Puisi sebelum
Siapa Gila?!
Puisi selepas >>
Gila !

Lain-lain karya lemau
Lihat semua
Puisi terbaru
Bahasa Melayu
Latest Poetry
English
Puisi terbaru
Bahasa Indonesia
komen daripada Facebook

0 Komen dalam karya KERUSI
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda




Ikut kapasitor



admin blog