Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Koleksi Puisi > Puisi Cinta

Parut

Kau adalah parut

Bila aku kata aku dah teruskan hidup

Tanpa ada kau untuk aku kenang lagi

Tapi bila kebencian ini masih berbaki

Bila puisi ingin aku nukilkan

Hanya nama kau terbit menjajah ceruk otak ini

Kau adalah luka lalu

Sembuhnya sudah

Darahnya lama berhenti mengalir, membeku

Kulitku sudah tertutup rapat, ketat

Tapi kau masih di situ

Menjadi parut hodoh

Kekal sampai entah bila

Bila kau nak pergi, bukan aku nak kau lagi

Nyah lah kau dari sini

Atau patut aku toreh parut itu?

Biar luka berdarah kembali

Tapi parutnya lain

Bukannya parut hasil torehanmu.

Nilaikan karya
Info Penulis
Info Karya

Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan
< < Puisi sebelum
Tanya Sang Hati #
Puisi selepas >>
KITA

Puisi terbaru
Bahasa Melayu
Latest Poetry
English
Puisi terbaru
Bahasa Indonesia
komen daripada Facebook

0 Komen dalam karya Parut
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda




Ikut kapasitor



admin blog