Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Koleksi Puisi > Puisi Patah Hati

Khayalan Itu...


Aku bermain teka-teki dalam diri,
Bersama fikiran yang rancu dengan kerisauan,
Berlari merempuh kesuraman malam.
Berkerut muka bagai cermai masam,
Berlanjutan ke garis tiada hujungnya.

Biar seganas mana ombak menghanyutkan diri,
Biar sekeras mana kerikil ku pijak,
Biarpun sakit, tapi tidak sepedih ini.
Bibirku menyulam senyuman kepuraan.
Bicara ku mati disitu.

Cahaya mencuri masuk dari lopak dinding,
Bertandang menghangatkan atmosfera kulit ku.
Terbit cebisan belas di penjuru hati.
Cerita yang menyentuh dua jiwa,
Antara kau dan aku.
Bak layang sesat dibawa angin.

Derai tawa masih bersisa,
Harap jiwa mu damai disana.
Doa ini permintaan yang singkat,
Tika duduk aku dilandasan sepi.
Bermain dengan khayalan memori silam.
Aku senyum sendirian. Puas. 

Nilaikan karya
Info Penulis
Info Karya

Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan
< < Puisi sebelum
Guruh
Puisi selepas >>
Bangsaku

Lain-lain karya sirRaimi
Lihat semua
Puisi terbaru
Bahasa Melayu
Latest Poetry
English
Puisi terbaru
Bahasa Indonesia
komen daripada Facebook

2 Komen dalam karya Khayalan Itu...
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda




Ikut kapasitor



admin blog