Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Koleksi Puisi > Puisi Kehidupan

Aku sayang mama

Penat dan jerihmu
Itu yang kulihat saban hari
Kau tak pernah cuba berhenti
Meski terlalu perit perjalananmu
Kau masih mendaki
Demi aku, kami semua, keluarga kita
Maafkan aku di hari ibu ini
Aku anakmu yang keras hati, menurutmu
Walau selalunya aku diam
Aku mahu bercerita kisahku padamu
Biarpun aku dingin
Aku mahu memelukmu manja
Aku sedar aku terlalu ego
Hidup dalam duniaku sendiri
Aku kuburkan kemesraan yang mampu terjalin
Aku pagarkan diriku dari kelembutan
Maafkan aku, aku sayangkan ibu
Aku mahu ucapkan ini
Walau lidahku kelu
Terimalah nukilan dari anakmu
Yang tak sehebat manusia lain
Yang hanya setakat ini mampuku
Anakmu
Selamat hari ibu, MAMA 

Nilaikan karya
Info Penulis
Info Karya

Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan
< < Puisi sebelum
Lirik Buat Ibu
Puisi selepas >>
Ibu

Lain-lain karya nuramira90
Lihat semua
Puisi terbaru
Bahasa Melayu
Latest Poetry
English
Puisi terbaru
Bahasa Indonesia
komen daripada Facebook

3 Komen dalam karya Aku sayang mama
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda




Ikut kapasitor



admin blog