Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Koleksi Puisi > Puisi Cinta

Yang Di kasihi !

Berlalu awan membayangi diri dalam kesamaran.

Dilihat kaki tempat berpijak, dirinya insan bangsa.

Di bentuk, di ajari, penuh ilmu di dada.

Kini masih kosong di jiwa.

Antara yang dikasihi.

Guru ku!

 

Titis air mata salju ku sejat di awangan.

Tangan yang menggoncang dunia,

Jua yang membuaikan ku.

Kini berhenti di panggil Ilahi.

Antara yang dikasihi,

Ibu ku!

 

Insan yang suluhi ku jalan,

Insan yang kenali ku erti hidup.

Aku merasa pedihnya duri, kelatnya racun.

Aku harungi tajamnya hujan, panasnya kerikil batu.

Antara yang dikasihi,

Kamu teguh disisi jadi semangat ku!

 

Ibu ku guru ku, Guru ku ibu ku.

Anak mu Murid mu, Murid mu anak mu.

Bagai lilin yang membakar diri menerangi anak murid arahnya.

Antara yang dikasihi,

Syurga lah duduknya kalian.

 

Aku masih punyai agenda warisan kamu.

Akan ku lindungi api lilin itu,

Buat ku suluhi pula generasi depan kegelapan.

Pengorbanan kalian, kegigihan ku!

Antara yang dikasihi,

Wahai ibu, Wahai guru.

Bagi ku, kau adalah SATU!

Perjuangan mu adalah CINTA ku!

 

**Selamat Hari Ibu. Selamat Hari Guru !

Nilaikan karya
Info Penulis
Info Karya

Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan
< < Puisi sebelum
Kami Jelata!
Puisi selepas >>
#4 Suara Alam. (Pearkuku)

Lain-lain karya sirRaimi
Lihat semua
Puisi terbaru
Bahasa Melayu
Latest Poetry
English
Puisi terbaru
Bahasa Indonesia
komen daripada Facebook

6 Komen dalam karya Yang Di kasihi !
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda




Ikut kapasitor



admin blog