Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Koleksi Puisi > Puisi Cinta

Aku Telah Kembali !!

 

Merenung alam sedingin pena berbicara tinta,

Redupan mentari senja berbenak dalam kebisikkan,

Ku kejari akal ku melepasi dogma mu.

Jasad ini ditinggalkan terkanting.

Langkah ku gagahi memijak duri mu.

Gigih bak bara semangat api.

Kini aku telah kembali!

 

Ku tiba lagi menggengam seribu neraka janji.

Telah ku lunaskan segala harapan mengunung mu.

Paksi ku disini, teguh menongkat lapisan langit.

Kau bersaksikan taksub cebisan hati dendam.

Bulat rona mu melihat aku bertandang.

Tandanya aku telah kembali!

 

Mari kau dan aku bertanding hingga abu yang terakhir.

Milik siapa syurga senyum itu akhirnya.

Kau? Aku?

Belum tentu lapisan ketujuh langit kau daki.

Ditarik tangan-tangan anak bumi.

Kembalinya aku, mematikan kamu.

 

Rehal ku menampung mukjizat Mu

Pasak ku bersabdakan Mu

Titah mu bukan aturan ku

Kembalinya aku lahir dari takdir Mu

Kerna akhirnya,

Aku tiba untuk kau.

Hanya untuk kamu sekali ini.

 

Mana mungkin??!

Jelas sudah aku telah kembali!

Kau senyum.

 

Nilaikan karya
Info Penulis
Info Karya

Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan
< < Puisi sebelum
Jangan Lupa
Puisi selepas >>
Mengenal Ilmu Aksara Cinta

Lain-lain karya sirRaimi
Lihat semua
Puisi terbaru
Bahasa Melayu
Latest Poetry
English
Puisi terbaru
Bahasa Indonesia
komen daripada Facebook

1 Komen dalam karya Aku Telah Kembali !!
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda




Ikut kapasitor



admin blog