Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Koleksi Puisi > Puisi Perhubungan

Takir Bernada Padu

 

Tiga geluk menjadi satu takir,

yang terisi budaya sedunia,

terhinggap dalam ceruk-ceruk perbandingan,

kini bersatu dalam gagasan penuh hemat,

 

Bukan mencarik bulu pena tidak putus,

cuma peringatan menjaga keindahan,

kelembutan sesuatu ketamadunan,

bangsa yang utuh dalam spektrum warna masa,

 

Membina sampan mesti beringat,

indah nampak jangan diketukkan,

mungkin retak kelak berbelah,

nanti lompong ditenggelami air,

 

Jangankau titik setitis nila dalam kejernihan warna,

kuhalangi tingkah sebaris yang di unjur membalahi zarah kukuh,

perajurit tidak sengaja mendentum meriam jika tidak dicabar,

kusediakan tiupan nafiri bagi menunggu kelibatmu,

 

 

Ini bukanlah damai dalam sarangkap puisi,

ini perutusan yang abadi,

akan kuperingatkan kesantunanku ada batasan,

bila mortar melingas kami sediakan habuan peringatan.

 

Sudah berdekad kami berbudi,

membina bahtera layaran bersama,

terbina pendidik berwadah kemuliaan hati,

mengajar segenap anak bangsa tanpa bezakan kolek mahupun sampan,

 

Ya memang tiga geluk telah sebati dalam satu takir,

yang terisi budaya sedunia,

telah tiada ceruk-ceruk perbandingan,

sementelah ia bersatu dalam gagasan penuh hemat.

Nilaikan karya
Info Penulis
Info Karya

Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan
< < Puisi sebelum
Mengenal Ilmu Aksara Cinta
Puisi selepas >>
Ada lebih elok tiada

Lain-lain karya Adika
Lihat semua
Puisi terbaru
Bahasa Melayu
Latest Poetry
English
Puisi terbaru
Bahasa Indonesia
komen daripada Facebook

0 Komen dalam karya Takir Bernada Padu
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda




Ikut kapasitor



admin blog