Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Koleksi Puisi > Puisi Patah Hati

Ada lebih elok tiada

 

Bila dah tak ada,
mula lah terkinja-kinja,
sibuk mencari kita,
berkali-kali mesej,
call setiap masa,
sehingga naik rimas kita,
waktu itu mula kenal erti,
serba tak kena apa itu gundah gulana.

Bila maaf tak diterima,
drama emosi pun bermula,
tersendu senda meminta-minta,
mula berbahasa pujangga,
tidur pun tak lena katanya,
bila diri ni hilang tanpa berita,
tahu pun diri tu terasa,
padahal hati orang tak jaga,
tak pernah ambil kira,
buat dek aja,
semasa peluang terbuka,
tak guna sebaiknya ,
malah dipersia,
kita seolah dibuatnya seperti boneka,
yang tidak berperasaan dilukai semahunya,
dipersenda dan dipergula-gula,
dari ada lebih elok tiada.

Apalah guna bermain cinta,
andai suka bersandiwara,
andai pasangan sering terasa,
andai sepi masih bertakung di jiwa,
untuk apa bercinta,
tersiksa jiwa rasa merana,
etika insani dan mesra pencinta
dicampak merata.

Rasa tertipu dengan lidah yang
gemar menjual sepotong rasa,
rapi menyusun ritmaraya pusaka, 
disulam bahasa bunga,
gading nilamsari di puncak katanya,
niat murni kononnya,
sedang satu pun tak diusaha,
tiba masa langsung dilupa,
kenapa tak genggam erat pada kata,
supaya tercapai maksud yang dibicara.

Penat dengan janji propahipokritikal,
dari lidah yang herot-perot,
yang kerap serong bila berkata,
condong dari nilai tatasetia,
dalam hati kesuma membara,
ditindas janji sang durjana,
yang berlidah dua.

Dari berendam airmata
sepanjang masa,
elok begini saja,
seperti dulu kala,
kita sebelum bersua,
hidup ria gembira,
walau ada pincang sedikit didada,
namun tidak sehebat diduga cinta.

Biar lah begini beza tak serasa,
berdua bagai tak terasa,
apa guna bercinta,
apa gunanya bersama,
ada lebih elok tiada.

Berwaspada wahai sahabat semua,
dalam mencari cinta,
ada cinta yang bahagia,
ada cinta yang merana,
hati-hati jangan sampai terkena,
macam SAYA.

~Finn

 

Nilaikan karya
Info Penulis
Info Karya

Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan
< < Puisi sebelum
Takir Bernada Padu
Puisi selepas >>
Di Rembang Esa-Mu

Puisi terbaru
Bahasa Melayu
Latest Poetry
English
Puisi terbaru
Bahasa Indonesia
komen daripada Facebook

0 Komen dalam karya Ada lebih elok tiada
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda




Ikut kapasitor



admin blog