Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Koleksi Puisi > Puisi Perhubungan

Syair Permata Percintaan.

Berkawan perlu  di perbatas syarak,

nafsu dan syaitan api pemarak,

jikalah hati seteguh kerak,

terkena air senanglah gerak.

 

Restu umpama madu bercinta,

laksana pena bertunjang tinta,

restu bonda laksana mahkota,

dijunjung tinggi sebagai harta.

 

Suami dan isteri harus sepakat,

bercinta kasih sayang terikat,

walau dirodok halang dan sekat,

dikukuh kasih hubungan berkat.

 

Pada loh mahfuz sudah tersirat,

jodoh dan ajal lagi tersurat,

pikul amanah biarpun berat,

pasti hubungan bertambah erat.

 

Hidup kan indah bertambah seri,

janji ditunai setelah dipateri,

baik harapan suami dan isteri,

pabila anak mendewasa diri.

 

Sayangkan anak didik beri,

syurga dunia seakan duri,

akhlak agama hai tunjang diri,

di mana akal memupuk kendiri.

Nilaikan karya
Info Penulis
Info Karya

Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan
< < Puisi sebelum
Dua Era II
Puisi selepas >>
pelupa yang sengaja.

Lain-lain karya Adika
Lihat semua
Puisi terbaru
Bahasa Melayu
Latest Poetry
English
Puisi terbaru
Bahasa Indonesia
komen daripada Facebook

0 Komen dalam karya Syair Permata Percintaan.
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda




Ikut kapasitor



admin blog