Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Koleksi Puisi > Puisi Ekspresi Diri

Untuk kau yang bawa aku berjumpa DIA

Siapa sangka

Dari dalam barisan tempat duduk

Dari air hujan yang tempias masuk

Dari pak Tukijan yang tak pernah lelah

 

Dari cerita cinta lelaki sialan

sampai cerita cinta dengan DIA

Alhamdulillah

Jauh dah kita merangkak

 

Kalau bukan sebab kau

aku masih si jahil menagih cinta dunia

dunia yang aku kira sudah cukup sempurna

aku masih tak nampak DIA

masih ikut nafsu rakus tak berpenghujung

Alhamdulillah

Jauh dah kita berjalan

 

Kalau andai kata kau dah tiada -- mohon jauh Ya Rabb

halalkan ilmu yang cuba aku amalkan ni

moga yang baik itu masih kekal dalam diri

walau kekalnya hanya sisa2

sebab kau dah ajar aku cara berdiri

 

aku sayang kau sebab DIA

selagi DIA izinkan, aku mahu terus sayang

sayang ketat2 orang kata

Alhamdulillah

Jauh dah kita merentas

 

 

Tapi jalan masih terbentang --

 

Ah,

jauh lagi perjalanan

 

Nilaikan karya
Info Penulis
Info Karya

Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan
< < Puisi sebelum
Tekad Keliruan O.o
Puisi selepas >>
Tergari

Lain-lain karya hitamerah
Lihat semua
Puisi terbaru
Bahasa Melayu
Latest Poetry
English
Puisi terbaru
Bahasa Indonesia
komen daripada Facebook

0 Komen dalam karya Untuk kau yang bawa aku berjumpa DIA
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda




Ikut kapasitor



admin blog