Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Koleksi Puisi > Puisi Kehidupan

Surat Buatku

Kehadapan dirimu yang membaca
Sengaja kutulis selembar surat buatmu
Aku mahu kau renung dan lihat isinya
Aku di sini sering keliru dan bingung
Mencantum cebisan harapan yang tersisa
Kini pasti engkau berjaya menatap hasilnya
Atau masih mencari cahaya dalam gelita
Aku tahu dirimu sudah merasa derita
Puas aku cuba hentikan titisan di hujung kelopak mata
Apakah kau masih menghapus deraian yang sama
Langkahku menapak laju namun tanpa tuju
Langkahmu biar teguh mendaki maju
Lembaran ini sudah ku titipkan padamu
Saat ini kau sedang membaca semua
Apakah kau dan aku masih sama
Aku dirimu yang remaja
Kau diriku yang dewasa
 

Nilaikan karya
Info Penulis
Info Karya

Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan
< < Puisi sebelum
AKU INGIN HIDUP..
Puisi selepas >>
Sempit

Lain-lain karya nuramira90
Lihat semua
Puisi terbaru
Bahasa Melayu
Latest Poetry
English
Puisi terbaru
Bahasa Indonesia
komen daripada Facebook

2 Komen dalam karya Surat Buatku
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda




Ikut kapasitor



admin blog