Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Koleksi Puisi > Puisi Kehidupan

Kerana Aku Bukan Nabi

Kaki melangkah perlahan 
darah menitik-nitik setiap satu mengekori bayang
merah dan hitam, warna terang dan gelap
dibelakangnya pula tertusuk sebilah pisau
tajam
tajam
menusuk jauh ia ke dalam.

Nafasnya dihela panjang,dihela juga berat
lalu terduduk dia dilantai tanah
dengan luka yang parah
dengan nafas tinggal setengah
tangannya lantas mencuba menarik
bilah tajam yang tertusuk,sekali ditarik terus daging tercarik..
bisanya sakit,terlalu perit..
Lalu dia menjerit dengan dahi peluh bermanik. 

pernah sahabat dianggap sahabat
didepan semanis-manis bicara
seolah-olah sahabat dunia akhirat
sahabat itulah dia
lalu dua,tiga,matanya dicelik,
tanpa sedar,sedikitpun ralit
pelik
tilik punya tilik
daging belakangnya rupanya yang terasa pelik
seperti ditikam-ditikam.
ditusuk-tusuk
dicarik-carik
tanpa belas,
tanpa kasihan,
itulah sahabat yang telah menjadi lawan daripada seorang kawan.

sejarah tidak mungkin tinggal sejarah
kerana sekali bila yang ditusuk guna bilah sudah berdarah
meskipun setiap titik itu ditadah,
sejarah tidak mungkin tinggal sejarah..

Biar
biar bisa berbekas
biar bisa berbias dendam
ianya tidak akan pernah padam
Jadi maaf jika maaf tulus yang kau cari
harap kau mengerti
mungkin maaf, namun untuk lupakan tidak,jauh sekali
kerana di realiti aku bukan nabi.




 

Nilaikan karya
Info Penulis
Info Karya

Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan
< < Puisi sebelum
Sempit
Puisi selepas >>
Senja

Lain-lain karya SI_BISU
Lihat semua
Puisi terbaru
Bahasa Melayu
Latest Poetry
English
Puisi terbaru
Bahasa Indonesia
komen daripada Facebook

6 Komen dalam karya Kerana Aku Bukan Nabi
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda




Ikut kapasitor



admin blog