Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Koleksi Puisi > Puisi Ekspresi Diri

Aksara Isi Bumi

Wahai si khalifah menongkat bumi,

dengarilah isi lagu perutku,

lihatlah gunung-ganang yang dikau gondol,

perhatikanlah jerebu liar yang meningkah karbon dioksida,

apa fatwamu khalifah ?

 

Wahai gunung sahabatku,

apa yang kaulihat dari sisi bukit gondolmu ?

nampak hijau bukanlah ?

adakah kelabu iyakah ?

tidak lagi tapak bumi itu bersemayam.

 

Aku sudah serik menahan panas,

tidak lama lagi riwayatku putus,

lebur bersama ais beku yang selama ini terpelihara,

marilah kita jatuh bersama

menemui senja dunia.

 

Tiupkanlah sangkakala itu dua kali,

khalifah sudah diracuni ditakhlikkan lautan yang dinoda,

kabulkanlah aku rehat selamanya,

manakah pernah wujud sekelumit belas buatku,

aku parah dibuatnya,

 

Gunungku telah kau tarah,

lautku lama dikau cemar,

anginku lompong oksigen,

manakah alam menjadi guru?

siamang terkedu jentayu berlagu di potret,

 

Pipi merah bayi kecil kembang kuncup,

di hadapan klinik puluhan terbatuk kecil,

sesak berebut udara yang pencil,

doktor tersenyum gembira,

sakit pesakit duitnya bangkit,

 

Dengarlah perihal rayuku manusiawi,

yang selama ini merintih itu aku,

segan aku pada cakerawala,

diatasnya indah,

dibawahnya neraka dunia.

Nilaikan karya
Info Penulis
Info Karya

Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan
< < Puisi sebelum
Ingin
Puisi selepas >>
Syair Pedagang Malang

Lain-lain karya Adika
Lihat semua
Puisi terbaru
Bahasa Melayu
Latest Poetry
English
Puisi terbaru
Bahasa Indonesia
komen daripada Facebook

0 Komen dalam karya Aksara Isi Bumi
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda




Ikut kapasitor



admin blog